Di dalam mempelajari sesuatu subjek, untuk memastikan kita mempunyai pemahaman menyeluruh, kita haruslah belajar tentang perkara asasnya dahulu.
Walaupun persoalan tentang erti makna wang berbunyi remeh, tetapi adakah kita benar-benar memahami apa itu wang? Jika kita diusuli soalan ini oleh seorang anak kecil, adakah kita mampu memberi penjelasan yang baik kepadanya?
Anak yang biasa melihat ibubapanya menggunakan duit, mungkin hanya mengetahui ianya adalah sesuatu barang yang boleh ditukar dengan barangan lain. Hulur sekeping kertas tertera RM 10 dapat beli ais krim. Tetapi adakah dia memahami bagaimana sekeping kertas itu boleh ditukar dengan barangan lain? Jika si anak kecil itu menulis RM 10 di sekeping kertas, adakah dia boleh bawa kepada penjual untuk beli ais krim? Dari mana datangnya kepingan kertas itu?
Jika kita mengganggap perkara ini adalah sesuatu benda yang akan dipelajarinya secara automatik, apakah jaminan yang pemahamannya tidak seleweng?
Jika kepingan kertas itu boleh diguna untuk membeli aiskrim dan snek lain, mungkin dia akan mengambil secara senyap-senyap wang dari dompet ibubapa tanpa pengetahuan mereka. Niat dia hanya untuk membeli aiskrim. Dia tidak memahami yang perbuatannya itu salah.
Takut-takut bila besar nanti, anak yang tidak memahami konsep sebenar duit mungkin cenderung untuk melakukan penyelewengan.
Jika kepingan kertas itu boleh diguna untuk membeli aiskrim dan snek lain, mungkin dia akan mengambil secara senyap-senyap wang dari dompet ibubapa tanpa pengetahuan mereka. Niat dia hanya untuk membeli aiskrim. Dia tidak memahami yang perbuatannya itu salah.
Takut-takut bila besar nanti, anak yang tidak memahami konsep sebenar duit mungkin cenderung untuk melakukan penyelewengan.
Apa erti makna duit?
Duit atau wang (English : money) adalah satu bentuk nilai yang digunapakai oleh umum untuk proses pertukaran. Pertukaran di sini merujuk kepada situasi di mana kita menukar hakmilik kita untuk mendapatkan apa yang kita mahu.
Secara ringkasnya; duit adalah cara kita dapatkan kemahuan kita. Sebagai contoh;
Abu menternak kambing. Dia ingin beli tepung.
Dia tidak boleh membawa kambingnya ke kedai untuk ditukar dengan tepung.
Ini kerana nilai kambingnya tidak sama dengan tepung.
Untuk proses pertukaran ini berlaku, dia harus menggunakan duit.
Abu menjual kambingnya untuk mendapat duit.
Duit ini diguna Abu untuk membeli tepung tersebut.
Barter
Walaupun transaksi ini boleh dilakukan dengan barter (persetujuan untuk menukar barang), banyak masalah yang boleh mengakibatkan ketidakcekapan pertukaran (inefficient exchange). Di antaranya:
- Adakah barang pertukaran barter mempunyai nilai yang sama?
- Katakan satu bungkus tepung bersamaan 50g daging kambing, adakah Abu harus menyembelih kambingnya untuk ditukar dengan tepung tersebut?
- Bagaimana dengan bahagian kambing selebihnya?
- Seekor kambing disembelih semata-mata untuk mendapat sebungkus tepung, ini mengakibatkan masalah penyimpanan dan juga kebarangkalian pembaziran sumber.
Pertukaran barter juga tidak mungkin berlaku apabila Abu ingin mendapatkan tepung, tetapi pihak lagi satu tidak inginkan kambing. Ianya berjaya apabila kedua-dua pihak setuju untuk menukar barang mereka.
Wang Fiat
Untuk mengelakkkan banyak kekeliruan yang boleh berlaku daripada pertukaran barter, transaksi menggunakan wang adalah apa yang dipersetujui untuk sesuatu urusniaga.
Persetujuan ini melibatkan banyak pihak; kerajaan, bank, khalayak umum, peniaga. Tanpa persetujuan untuk menggunakan sesuatu matawang, ianya jadi tidak bernilai. Wang ini dipanggil duit fiat (fiat money).
Sebagai contoh, Ringgit Malaysia (MYR) ialah wang fiat Malaysia, bererti matawang ini boleh digunapakai untuk transaksi urusniaga di dalam sempadan negara Malaysia sahaja. Terdapat juga contoh di mana matawang negara lain diterima di kawasan percutian, seperti penerimaan American Dollar (USD) di beberapa negara ASEAN. Salah satu sebab adalah kerana USD mempunyai nilai yang lebih tinggi dari matawang negara tersebut.
Ukuran nilai matawang sesebuah negara itu diukur berdasarkan kejayaan ekonominya; berdasarkan kemampuan negara itu untuk menghasilkan produk yang bermanfaat untuknya dan negara lain. Semakin kuat ekonominya, persepsi kekukuhan matawang negara itu dilihat sebagai lebih stabil dan sebaliknya. Persepsi ini harus disokong oleh bukti kemampuan negara itu menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang diingini orang ramai.
Persepsi orang ramailah yang menentukan nilai satu-satu wang fiat itu, seperti faktor yang mempengaruhi nilai emas. Kerana itu duit fiat juga boleh ditakfrifkan sebagai simbol komoditi emas. Tanpa persepsi yang duit fiat mempunyai nilai, ianya hanyalah kepingan kertas dan syiling, tidak lebih sebagai hiasan.
Sejarah
Pada awalnya, duit dihasilkan menggunakan emas. Lama kelamaan sumber emas semakin berkurangan dan tak mampu untuk menampung permintaan ekonomi pesat berkembang, satu bentuk matawang diperkenalkan. Selain emas, terdapat benda lain yang pernah digunakan sebagai duit; cangkerang, daun pisang, tembaga.
Jadi, adakah jika bank terus menerus mencetak wang tanpa had, ianya mampu untuk menaikkan taraf ekonomi negara tersebut disebabkan penambahan aset?
Jawapannya tidak. Secara ringkasnya, jika terdapat terlalu banyak wang didalam pasaran ia boleh mengakibatkan inflasi, lambakan wang tetapi tiada barangan yang cukup di dalam pasaran untuk menampung permintaan. Bererti; lebih banyak duit dicetak, harga barangan dan servis juga akan meningkat. Jika keadaan ini terus berlaku, ianya hanya akan menjatuhkan nilai matawang negara tersebut. Ini apa yang berlaku di Zimbabwe.
Fungsi
Untuk duit diterima sebagai cara menjual beli, ia harus mempunyai fungsi berikut:
- Kebolehan pertukaran
- Unit akaun
- Nilai simpanan
- Aturcara pembayaran hutang
Mengikut takrifan di atas, maka terdapat juga duit di dalam bentuk-bentuk lain seperti komoditi (emas, perak, cangkerang), simbolik (sijil, token), wang digital (bitcoin, dogecoin), syiling, kertas dan duit fiat seperti yang telah dijelaskan.
Kesimpulannya, duit sistem tatacara buatan manusia digunakan untuk memudahkan urusan pertukaran.
Bank boleh sentiasa mencetak wang secara secara sesuka hati, tetapi manusialah yang memberi nilai kepada wang itu.
Jika terdapat lebihan wang, nilainya akan jatuh dan mengakibatkan inflasi, tertakluk kepada prinsip permintaan dan pengeluaran.
Untuk memastikan kita dapat nilai wang optimum, pengurusan wang yang baik itu penting.
Bank boleh sentiasa mencetak wang secara secara sesuka hati, tetapi manusialah yang memberi nilai kepada wang itu.
Jika terdapat lebihan wang, nilainya akan jatuh dan mengakibatkan inflasi, tertakluk kepada prinsip permintaan dan pengeluaran.
Untuk memastikan kita dapat nilai wang optimum, pengurusan wang yang baik itu penting.
Duit hanya tatacara simbolik mewakili nilai. Bagaimana ingin meletakkan nilai lebih tinggi ke dalam pekerjaan/perbuatan/produk kita?
Kualiti.
Jika sesuatu benda itu berkualiti tinggi, wang sendiri akan datang bergolek kepadanya.
Nota: Ini hanyalah artikel pengenalan. Konsep-konsep yang dinyatakan akan dijelaskan dengan lebih terperinci di dalam penulisan akan datang.
Rujukan
0 comments:
Post a Comment