Sejarah penggunaan wang sebagai nilai tukaran di dalam satu transaksi dicetuskan kerana ketidakcekapan yang berlaku daripada sistem barter.
Pada asasnya, sesuatu urusniaga itu adalah transaksi pertukaran barang; bererti barang A ditukar dengan barang B. Sebelum adanya sistem duit, sistem barter digunakan meluas untuk orang ramai mendapatkan barang keperluan dan kemahuan.
Banyak masalah yang merumitkan di dalam sistem barter seperti:
Untuk mengatasi masalah tersebut dan memberikan kelancaran di dalam urusniaga, manusia mula beralih kepada satu jenis pertukaran barang yang menjadi sejarah awal wang yang akhirnya menghasilkan duit kertas.
- Nilai tukaran barang yang berbeza
- Tiada persetujuan di antara pihak yang ingin lakukan transaksi (Coincidence of interest)
- Kesulitan untuk menyimpan barang pertukaran
Untuk mengatasi masalah tersebut dan memberikan kelancaran di dalam urusniaga, manusia mula beralih kepada satu jenis pertukaran barang yang menjadi sejarah awal wang yang akhirnya menghasilkan duit kertas.
Duit Komoditi
Pada awal permulaan sejarah wang, barang-barang boleh tukaran yang mempunyai nilai sentimen dan unsur estetik dari pandangan masyarakat digunakan di dalam sesuatu transaksi, dipanggil duit komoditi.
Antaranya:
- Cangkerang, batuan dan manik
- Bijirin dan gandum
- Logam seperti emas, timah, perak
Tetapi dengan menggunakan barangan tersebut, suatu masalah baru pula muncul, iaitu masalah penyimpanan barang tukaran tersebut. Jika barang tersebut disimpan dalam kuantiti yang banyak, ia menjadi berat dan mendatangkan kesulitan kepada pemilik membawanya untuk menjalankan suatu urusniaga.
Token Syiling
Untuk mengatasi masalah pertukaran barter, suatu bentuk pertukaran duit diperkenalkan. Dikenali sebagai token syiling (coinage).
Pada awalnya, syiling dicetak menyerupai wang komoditi seperti cangkerang. Ini kerana masyarakat pada waktu itu mempercayai yang objek tersebut mempunyai kuasa sakti.
Antara logam yang digunakan untuk pencetakan syiling adalah emas, perak dan gangsa. Logam-logam ini dipilih kerana mudah untuk dibentuk.
Selain itu, logam-logam ini juga mempunyai nilainya yang tinggi. Nilai syiling ini ditentukan oleh ketulenan logam dan berat. Setelah teknologi pencetakan syiling bertambah maju, nilai syiling tertera di permukaan logam tersebut.
Nota Pertukaran
Revolusi penggunaan wang kertas bermula daripada pengenalan Nota Pertukaran (Bill of Exchange).
Nota pertukaran ini adalah satu dokumen yang dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli. Ia bertindak sebagai dokumen yang mengikat pembeli dan penjual kepada satu persetujuan urusniaga. Nota pertukaran ini menyatakan jumlah bayaran yang harus dibayar oleh pembeli pada suatu masa yang ditetapkan.
Jika nota pertukaran ini dikeluaran oleh pihak bank, ia dipanggil Draf Bank (Bank Draft).
Jika nota pertukaran ini dikeluarkan oleh individu, ia dikenali sebaga Draf Perdagangan (Trade Draft).
Tukang Emas
Sejarah wang kertas bermula daripada penggunaan resit yang mampu ditukar dengan suatu komoditi yang berharga, iaitu emas dan perak. Resit ini berfungsi sebagai rekod yang menyatakan nilai simpanan emas atau perak, juga mengesahkan ketulenan emas tersebut. Ianya adalah rekod simpanan seseorang dengan tukang emas (Goldsmith Banker).
Katakan Abu mempunyai 10 jongkong emas.
Dia menyimpan jongkong emas ini dengan Tukang Emas, Ali.
Ali memberinya resit yang menyatakan terdapat 10 jongkong emas simpanan Abu.
Resit ini boleh digunakan oleh Abu sebagai barang tukaran untuk menjalankan urusniaganya. Jika Abu ingin membeli sekumpulan kambing untuk diternak, dia boleh menggunakan rekod kertas ini sebagai alat tukaran dengan kambing tersebut.
Kerana itu pada penggunaan awal wang kertas dikatakan duit itu bersandarkan nilai emas, bergantung kepada jumlah simpanan emas seseorang.
0 comments:
Post a Comment